Thursday 2 January 2014

Kejayaan PERMEDIA dalam Anugerah Kerana Jasa UUM CAS 2013

      Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan izin-NYA PERMEDIA telah berjaya menerima dua anugerah dalam program Anugerah Kerana Jasa UUM CAS 2013 yang diadakan di Hotel EDC UUM pada 26 Disember 2013. Anugerah telah disampaikan oleh Dekan Pembangunan Pelajar & Alumni UUM CAS, Prof. Dr. Azman Yasin. PERMEDIA telah berjaya merangkul dua anugerah iaitu :-

1) ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (SAHSIAH) IAITU 'KONSEP DAN CABARAN PENYATUPADUAN NASIONAL: PERSPEKTIF MEDIA', dan
2) ANUGERAH BADAN PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN




     Ini semua atas kesungguhan dan komitmen semua dalam menjayakan pelbagai aktiviti sepanjang sesi 2012/2013. PERMEDIA telah terpilih dalam ANUGERAH BADAN PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN kerana berjaya melaksanakan 19 aktiviti yang berimpak tinggi pada tahun 2013. Tahniah buat semua pelajar teknologi media tidak mengira semester dan yang telah tamat pengajian kerana telah memberi sumbangan besar untuk PERMEDIA. Semoga PERMEDIA terus cemerlang dan terus dikenali semua sama ada di dalam kampus mahupun luar kampus.






Permedia di akhbar

Tahniah kepada semua ajk pelaksana Kursus Induksi Permedia 2013/2014.