Monday 3 November 2014

PERMEDIA RAI ANAK - ANAK YATIM HEMBUSAN KASIH

      

            KUALA PERLIS:  Mahasiswa hari ini tidak hanya digalakkan menjalankan aktiviti dan tinggal di kawasan kampus semata-mata malahan mereka digalakkan menjalankan tanggungjawab sosial serta mendekati masyarakat yang kurang bernasib baik.

Mereka boleh membina keyakinan diri serta memperkukuhkan sahsiah melalui program kemasyarakatan dalam usaha menjadi pemimpin negara dan masyarakat pada masa akan datang.

Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia (UUM CAS), Dr Massudi Mahmuddin berkata, usaha mendekati masyarakat adalah salah satu alternatif terbaik bagi membina tahap kepimpinan dan tanggungjawab seseorang mahasiswa.

Beliau berkata, keyakinan diri akan bertambah apabila mereka perlu berkomunikasi dan mampu mengendalikan projek membabitkan pelbagai lapisan masyarakat.

”Kunci utama kejayaan seseorang mahasiswa adalah kemampuan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan secara berkualiti, kreatif dan inovatif,” katanya ketika ditemui di Majlis Makan Malam Amal PERMEDIA di sini, semalam.

Dalam majlis itu, seramai 23 anak-anak yatim dari Rumah Hembusan Bayu, Kangar di sini, mendapat perhatian pelajar Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA) apabila mereka diraikan dalam majlis makan malam berkenaan.

Antara tetamu yang  hadir, Pengurus TV3 Kedah dan Perlis, Hanim Abdul Malek, Penyelaras Program Teknologi Media, Dr Sabrina Abdul Rashid, Penasihat PERMEDIA, Dr Awan Ismail dan rakan media serta mahasiswa.

Massudi berkata, tindakan mahasiswa ini mampu memberi impak yang besar kepada anak-anak yatim kerana mereka turut membela nasib golongan yang kurang bernasib baik.

Dalam masa yang sama, Penyelaras Program Teknologi Media, Dr. Sabrina Rashid berkata, pihak SMMTC memberi sokongan penuh dalam projek makan malam amal PERMEDIA bagi membolehkan mahasiswa aktif dalam program kemasyarakatan.

”Tindakan ini dilihat mampu menggilap kepimpinan mahasiswa dalam usaha menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.” katanya.

Sementara itu, Penasihat PERMEDIA Dr. Awan Ismail berkata, projek ini tidak akan dapat direalisasikan sekiranya mahasiswa persatuan PERMEDIA tidak menggembleng tenaga untuk menjalankan program ini.

”Saya melihat mereka mampu menjalankan tanggungjawab dan membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka mampu memberi sumbangan kepada anak-anak yatim,” katanya



Antara peserta yang turut hadir :











                                                                               




                                                                                                                                 




























INDUKSI PERMEDIA DAN SETULUS KASIH

DUA PROGRAM PERMEDIA BERJALAN LANCAR

SINTOK : Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA) telah berjaya menganjurkan satu program amal “Setulus Kasih Seikhlas Bakti” bersama penduduk Kampung Changkat Setul pada 23 September 2014, Selasa di Dewan serbaguna Kampung Changkat Setul,di sini semalam.
                Perasmian dilaksanakan oleh Penasihat PERMEDIA, Dr.Awan Ismail dan turut hadir bersama ketua Kampung Changkat Setul, Pn.Halimaton serta ahli jawatankuasa kampung tersebut.
 Program ini bertujuan membantu meringankan beban yang melibatkan tujuh buah keluarga kurang bekemampuan serta dapat memberi pendedahan kepada barisan Majlis Tertinggi (MT) dan Exco PERMEDIA terhadap pengalaman dalam melakukan program amal bersama penduduk setempat.
Sumbangan diterima daripada kalangan pensyarah-pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Kafe Cengkih, kakitangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan para pelajar UUM.
Dalam masa yang sama, PERMEDIA turut menjalankan kursus induksi kepada mahasiswa/i semester pertama program Teknologi Media 2014/2015 di Dewan Seminar Kolej Sastera dan Sains.
Kursus ini berlangsung selama sehari dan merupakan kali ke-8 dijalankan semenjak Program Teknologi Media dari Pusat Pengajian Komunikasi dan Bahasa Moden dibuka di UUM.
                Kursus induksi mahasiswa/i semester pertama 2014/2015 diadakan bertujuan mewujudkan interaksi dua hala yang berkesan dalam kalangan para pelajar dan pensyarah  serta mendedahkan mereka kepada 3 bidang tumpuan dalam Teknologi Media iaitu penyiaran, kewartawanan dan pengiklanan.
                Perasmian telah dilaksanakan oleh penasihat PERMEDIA, Dr. Awan Ismail yang turut dihadiri oleh Mantan Penasihat, Dr.Nurizah Ariffin, dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa kursus induksi ini penting kepada pelajar-pelajar baru untuk mengenali program Teknologi Media dengan lebih jelas.
                Setiap bidang tumpuan telah diberi pencerahan daripada pensyarah-pensyarah Teknologi Media supaya mereka mengetahui kebaikan dari setiap satunya bagi memudahkan mereka memilih bidang tumpuan yang sesuai pada semester ke-3 akan datang.
                Selain itu,  para pelajar dapat bergiat aktif dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang telah berlangsung sepanjang kursus ini dijalankan serta menanam semangat dan keazaman dalam diri setiap mahasiwa/i untuk menjadi insan yang cemerlang dan serba boleh dalam setiap bidang.
                Pengarah projek, Mohammad Hakim Mohamad @ Ismail menyatakan harapan agar mahasiswa/i dapat memahami program Teknologi Media dan mengucapan jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatan Kuasa PERMEDIA semester ke-3 yang telah melibatkan diri dalam menjayakan kursus .                        
                                                     


BARISAN ketiga dari kanan, Dr.Awan Ismail bersama wakil tujuh buah keluarga dan ahli MT dan Exco Permedia


                  Peserta kursus induksi semester pertama program Teknologi Media 2014/2015.

                                          









                               


SMMTC WEEK "SEMINAR MEDIA DAN KOMUNIKASI"

SMMTC WEEK
SEMINAR MEDIA DAN KOMUNIKASI

          Program ini adalah anjuran Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA) yang melibatkan kertas kerja seminar oleh pelajar semester 6 di bawah subjek-subjek berikut, SCCT 3243 – DIGITAL ADVERTISING SEMINAR, SCCT 3343 – ELECTRONIC JOURNALISM SEMINAR, SCCT 3443 – DIGITAL BROADCASTING SEMINAR, SCCD 3263 – SEMINAR IN DEVELOPMENT COMMUNICATION, dan SCCG 3163 – SEMINAR IN ORGANIZATIONAL COMMUNICATION. Program ini juga diadakan untuk perkongsian ilmu di antara pelajar Teknologi Media dan Komunikasi. Di samping itu, program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai ilmu penyelidikan. Sehubungan itu, PERMEDIA mengambil inisiatif menjadi penganjur untuk program ini yang akan dilaksanakan pada minggu SMMTC iaitu 20 Mei 2014. 

                                  Para pelajar sedang membentangkan kertas seminar mereka.

                         Bersungguh-sungguh memberi penjelasan kepada penilai dan pelajar lain.

                            
                                  Cendera hati kepada pelajar terbaik lelaki major periklanan.

                     Cendera hati kepada pelajar terbaik perempuan major periklanan.

Sunday 2 November 2014

Induksi Eratkan Senior Dengan Junior

Sintok : Universiti Utara Malaysia ( UUM ) melalui Persatuan Teknologi Media ( Permedia ) dengan kerjasama Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi , Kolej Sastera dan Sains ( CAS ) telah menganjurkan program induksi untuk pelajar baru semester 2014/2015.

            Sepanjang program tersebut, peserta diberi bimbingan dan taklimat mengenai bidang tumpuan yang ada oleh tiga pensyarah yang telah dilantik di samping melakukan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seperti pertandingan welfie, recycle and use, group strength dan sukaneka.

        Pengarah Projek, Mohd Hakim Mohammad Ismail berkata , program induksi ini adalah bertujuan mendedahkan kepada pelajar mengenai bidang yang menjadi tumpuan utama iaitu dalam bidang periklanan, kewartawanan dan  penyiaran.

          “ Program selama satu hari yang dianjurkan oleh Permedia ini bukan sahaja memberi pendedahan dan maklumat lebih terperinci tentang  tiga bidang tumpuan teknologi media malah ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara senior dengan junior.’katanya ketika ditemui semalam.

            Mohd Hakim berkata, program yang melibatkan seramai 39 orang peserta dari Program Teknologi Media sesi 2014/2015 merupakan salah satu alternatif terbaik untuk mereka mendapatkan gambaran sebenar mengenai kursus yang perlu mereka ambil pada semester ketiga nanti.

           Majlis yang dirasmikan oleh penasihat Permedia , Dr. Awan Binti Ismail berlangsung dengan jayanya di Dewan Seminar Teknologi Multimedia dan Komunikasi ( SMMTC ) di kampus UUM.

Ucapan alu-aluan dan perasmian oleh Dr. Awan Bt Ismail


Antara aktiviti yang dilakukan pelajar sepanjang program dijalankan



Peserta dan AJK Permedia bergambar selepas selesai program Induksi



SMMTC WEEK "Ujibakat Pembaca Berita"

SMMTC WEKK 
      UJIBAKAT PEMBACA BERITA
        Cungkil bakat pelajar UUM


SINTOK : Sempena minggu Kolej Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) Universiti Utara Malaysia (UUM), Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA) telah menganjurkan program Ujibakat Pembaca Berita (UPB) pada 20 Mei 2014 di Bilik Media.
            Program ini terbuka kepada semua pelajar UUM. Pada 18 Mei 2014 telah diadakan saringan (screening test) setiap pelajar untuk melayakkan mereka ke peringkat akhir pada 20 Mei tersebut.
Semasa sesi saringan, peserta diberikan taklimat ringkas tentang cara-cara membaca berita oleh Ikon Siarawan, Khavi Arasan. Peserta pada peringkat akhir telah dihadkan kepada 10 orang sahaja.
            Juri jemputan untuk mengadili ujibakat ini ialah En. Suhaimi Ismail dan En. Suhaimi, iaitu wakil daripada Unifilm UUM. Peserta yang mendapat johan ialah Nazliatul Naimah Abdul Fadon, naib johan pula ialah Syarizat Idris dan tempat ketiga dimenangi oleh Intan Baizura Mohammad.
 Para pemenang mendapat hadiah hamper, sijil serta wang tunai. Kesemua peserta peringkat akhir ini telah dilamar oleh Unifilm UUM untuk berada dibawahnya.



                                                     Poster ujibakat pembaca berita.


                        AJK pelaksana bergambar bersama juri dari Unifilm UUM

SMMTC WEEK "SUKANEKA"

SMMTC WEEK 
"SUKANEKA" 

Sukan Hubungan Silaturrahim

SINTOK – Sempena minggu School of Multimedia Technology And Communication (SMMTC) Universiti Utara Malaysia (UUM), Persatuan Teknologi Media ( PERMEDIA ) telah menganjurkan ‘Kembara Sukaneka’ yang berlangsung pada 20 Mei 2014 bertempat di perkarangan SMMTC.
Program ini telah disertai seramai 40 orang peserta dengan melibatkan lima acara permainan yang perlu dilaksanakan oleh setiap peserta.
            Menurut Nuramirah Othman pengarah projek kembara sukaneka, ‘tujuan aktiviti kembara sukaneka ini dijalankan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar di samping menggalakkan lagi pelajar-pelajar menyertai aktiviti anjuran persatuan di universiti.
            “Saya amat gembira dapat menyertai aktiviti kembara sukaneka ini kerana dapat merapatkan hubungan saya di antara rakan-rakan serta dapat menghilangkan tekanan sebelum menghadapi peperiksaan’ kata Mohd Alif Afdzan, yang merupakan salah seorang peserta dan juga pemenang untuk aktiviti ini.

            Program yang bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Diharapkan persatuan dapat menganjurkan aktiviti sebegini lagi pada masa akan datang dan mendapat lebih banyak lagi penyertaan oleh pelajar. 
                                           Para peserta gigih melakukan tugasan.                                     

                                                       Antara aksi para peserta. 

Kerjasama sangat penting dalam acara ini.
Terserlah semagat berpasukan pelajar-pelajar Teknologi Media.

                        Peserta dan AJK bergambar bersama Penasihat PERMEDIA.                            

SMMTC WEEK "Professor Adjung"

SMMTC WEEK
Profesor Adjung berkonsepkan "Cabaran Media Dalam Msyarakat Berbilang Kaum"
Disampaikan oleh - Datuk Mior Kamarulbaid Bin Mior Shahid
Bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian SDN BHD


                                                Ucapan alu-aluan oleh Datuk Mior.

                                          Datuk Mior tegas dalam syarahanya kepada pelajar                                  
 
                           Datuk Mior bergambar bersama pensyarah dan pelajar sebagai kenangan                 

                                             Penyampaian cenderahati kepada Datuk Mior

SMMTC WEEK "CAR WASH"

SMMTC WEEK
CAR WASH MENDAPAT SAMBUTAN
SINTOK : Persatuan PERMEDIA  berjaya melaksanakan aktiviti “car wash ” bertempat di bahagian  letak kenderaan berhadapan bangunan Pusat Pengajian School of Multimedia Teknology and Communication ( SMMTC ) selama 4 hari iaitu pada 18 Mei hingga 22 Mei 2014.
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mengumpul dana persatuan disamping dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli-ahli PERMEDIA.
Sebanyak 23 kenderaan telah berjaya dikumpul untuk dicuci  sepanjang minggu SMMTC itu berlangsung dimana 17 buah darinya merupakan kereta pensyarah, 2 buah kereta daripada pelajar dan selebihnya motosikal.
Pengarah projek, Amirul Mestar menyatakan rasa terharu dan ucapan terima kasih kepada pensyarah dan pelajar yang sudi membantu persatuan untuk mencari dana.
“ Selain mencari dana, secara tidak langsung memberi kesan kepada hubungan yang terjalin antara ahli-ahli PERMEDIA dan staf-staf yang bekerja di bawah satu bumbung yang sama” ujarnya.
Aktiviti ini berjalan dengan lancar atas sokongan yang kuat daripada penasihat PERMEDIA dan ahli-ahlinya.


                                                 AJK sedang mencuci kereta pelanggan

                                             Pengarah projek memberi taklimat kepada AJK

                                                            AJK giat membasuh kereta

                                                            Antara kereta yang dibasuh