Saturday 20 December 2014

Program Senam Perpaduan mengeratkan silaturahim

ALOR SETAR: Kegembiraan jelas terpancar pada wajah mahasiswa Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA), Universiti Utara Malaysia (UUM) setelah menyertai Program Senam Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah, di sini, semalam.

        Penglibatan mereka amat penting kerana ia membantu membolehkan mereka menjadi mahasiswa yang sihat, aktif dan berketrampilan di samping menyediakan platform mereka berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat.

           Program Senam Pepaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Malaysia dengan kerjasama TV3 diadakan bagi meningkatkan tahap kesihatan setiap anggota masyarakat tanpa mengira peringkat umur.

           Ini kerana kesihatan merupakan tunggak utama sebuah negara agar dapat melahirkan masyarakat yang cergas mahupun aktif dalam melaksanakan tugasan harian serta mengelak masyarakat menghidap pelbagai penyakit.
           
           Ketua Pengarah Jabatan Pepaduan Negara dan Integrasi Nasional Malaysia, Gandesan Letchumanan berkata selain daripada kesihatan, program ini juga bertujuan mengumpulkan  masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum untuk berinteraksi antara satu sama lain.

         “Kita sentiasa mengatakan istilah senaman itu dengan hanya pergi ke taman kemudian melakukan senaman. Tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawa senaman itu mampu mewujudkan perpaduan.

              “Apa yang kami mahukan melalui program ini ialah mereka dapat mengenali antara satu sama lain seperti mengetahui pantang larang setiap kaum,” katanya ketika ditemui selepas Program Senam Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Malaysia bersama TV3, di Taman Rimba, di sini, semalam.

              Dalam program ini, lebih 40 mahasiswa UUM, staf dan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, personaliti dan staf  TV3, staf Jabatan Perpaduan, staf Hospital Sultanah Bahiyah serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sekitar Kedah.

                Turut hadir, Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Datuk  Dr Juita Ghazalie serta Penasihat PERMEDIA, Dr Awan Ismail.


          Gandesan berkata, program ini patut dilanjutkan lagi melalui rukun tertangga, kelab rukun negara di sekolah serta sekretariat-sekretariat di universiti supaya mengeratkan lagi hubungan silaturahim masyarakat di Malaysia.



Wednesday 17 December 2014

PENCARIAN BAKAT PEMBACA BERITA TV3

Sintok, 16 Disember : Seramai 83 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) mencuba nasib dalam program ujibakat pembaca berita TV3 anjuran Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA), Pusat PengajianTeknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) dengan kerjasama Sistem Televisyen Berhad (TV3), di sini, hari ini.
           Program yang dijalankan  selama sehari ini bertujuan mencungkil bakat terpendam mahasiswa yang ternyata berpotensi dalam industri bidang penyiaran terutama penyampai berita dan wartawan penyiaran.
         Ujibakat pembaca berita ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh PERMEDIA untuk  memberi pendedahan dan peluang kepada bakal-bakal graduan yang dilihat berpotensi menceburi bidang ini.
           Ketua Bahagian Berita TV3, Nasharudin Tajudin  berkata, seorang pembaca berita mestilah seorang yang mempunyai personaliti yang berani dan fasih bertutur agar mesej yang bakal disampaikan memberi kesan kepada pendengar.
         “Lima prinsip yang diguna pakai untuk menjadi penyampai berita yang bagus ialah pacing, pausing, projection, pronunciation dan pitching,” katanya ketika ditemui.
          Penilaian ujibakat ini dilaksananakan melalui dua tahap iaitu tahap pertama, peserta akan dinilai oleh juri jemputan khas iaitu personaliti TV3, Meor Abdul Malek Rayani. Setiap calon akan diberi pendedahan tentang kriteria-kriteria yang perlu ada dalam diri setiap pembaca berita.
      Pada tahap kedua, peserta yang berjaya melepasi pada tahap pertama, mereka secara automatiknya akan dinilai oleh seorang  juri professional iaitu Nasharudin Tajudin mereka akan dinilai secara lebih terperinci berkenaan dengan intonansi suara, kelancaran pertuturan , eye contact termasuklah bahasa badan.
            Mahasiswa Sarjana Muda Teknologi Media,Mohd Azim Azfar Mohd Zahari berkata, langkah ini membantu meningkatkan lagi keyakinan diri.
      “Terima kasih kepada pihak penganjur kerana menyediakan platform yang sebenar untuk mengetengahkan bakat saya dan saya berharap agar pogram ini dilakukan secara berterusan,”
           Mahasiswa Sarjana Muda Sains Ekonomi, Syarizat Idris berkata, program ini sebagai platform kepada mahasiswa untuk menyerlahkan bakat mereka.
         “Saya berharap program seperti ini akan diteruskan agar pendedahan seperti ini membantu kami untuk lebih bersedia menghadapi situasi sebenar dalam alam pekerjaan selepas bergelar graduan nanti,” katanya ketika ditemui.
       Mahasiswa Pengurusan Pembangunan, Muhammad Syahid Shaari berkata, ujibakat ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta menggilap bakat mereka malah menjadi kayu ukur kepada mereka untuk membaiki kelemahan diri sendiri.

       “Saya berharap agar pihak TV3 dapat melihat kebolehan saya serta memberi peluang kepada saya untuk mengetengahkan bakat saya,”katanya ketika ditemui selepas sesi ujibakat .