Alhamdulillah, bersyukur ke
hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan izin-NYA PERMEDIA telah berjaya menerima
dua anugerah dalam program Anugerah Kerana Jasa UUM CAS 2013 yang diadakan di
Hotel EDC UUM pada 26 Disember 2013. Anugerah telah disampaikan oleh Dekan Pembangunan Pelajar & Alumni UUM CAS, Prof. Dr. Azman Yasin. PERMEDIA telah berjaya merangkul dua
anugerah iaitu :-
1) ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (SAHSIAH) IAITU 'KONSEP DAN
CABARAN PENYATUPADUAN NASIONAL: PERSPEKTIF MEDIA', dan
2) ANUGERAH BADAN PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN
Ini semua atas kesungguhan dan
komitmen semua dalam menjayakan pelbagai aktiviti sepanjang sesi 2012/2013.
PERMEDIA telah terpilih dalam ANUGERAH BADAN PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN kerana
berjaya melaksanakan 19 aktiviti yang berimpak tinggi pada tahun 2013. Tahniah
buat semua pelajar teknologi media tidak mengira semester dan yang telah tamat pengajian kerana telah memberi sumbangan besar untuk PERMEDIA. Semoga PERMEDIA terus cemerlang dan terus dikenali semua sama ada di dalam kampus mahupun luar kampus.