KURSUS
PENGURUSAN ORGANISASI
MAJLIS
TERTINGGI PERMEDIA
Oleh : Amirul Mestar
PERLIS –
Pembangunan Pelajar dan Alumni College Art and Science (PPA CAS) Universiti
Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan satu Kursus Pengurusan Organisasi (KPO)
bertempat di Tasoh Lake Resort selama tiga hari dua malam bermula dari 13
hingga 15 Februari 2014.
Menurut Dekan
Pembangunan Pelajar dan Alumni College Art and Science (PPA CAS) Dr. Massudi
Mahmuddin berkata, “ Pada masa kini softskill
dan penguasaan Bahasa Inggeris adalah sangat penting untuk membantu kebolehpasaran
pelajar di alam pekerjaan selepas menamatkan pengajian”.
“Kami dari PPA
CAS menggalakkan para pelajar UUM untuk melibatkan diri dalam program mobiliti
pelajar sama ada di dalam atau luar negara bagi mendedahkan para pelajar
terhadap persekitaran pembelajaran Universiti lain serta mendapatkan serba
sedikit ilmu yang baru”, Katanya dalam majlis perasmian KPO malam tadi.
Program ini
dianjurkan bertujuan memberikan pendedahan kepada barisan Majlis Tertinggi
setiap persatuan yang bernaung di bawah PPA CAS mengenai pengurusan organisasi
setiap persatuan serta memberi kefahaman terhadap konsep pengurusan yang
efisien dan efektif.
Antara pengisian dalam
program ini adalah berkaitan Protokol, Pengurusan Acara, Pengurusan kewangan
persatuan, seterusnya pembentangan Almanak Persatuan dalam tempoh setahun bagi
memudahkan kelancaran setiap program yang akan dijalankan.
"Teambuilding"
dan merempuh halangan turut dijalankan dalam program tersebut bagi memupuk
semangat kerjasama dalam satu pasukan.
Program ini
telah berjalan dengan jayanya dengan kerjasama Timbalan Dekan PPA CAS Dr. Jafri
Zulkepli, Kakitangan PPA CAS, dan enam orang MPP UUM CAS.
No comments:
Post a Comment