SMMTC WEKK
UJIBAKAT PEMBACA BERITA
Cungkil bakat pelajar UUM
SINTOK : Sempena minggu Kolej Teknologi Multimedia dan
Komunikasi (SMMTC) Universiti Utara Malaysia (UUM), Persatuan Teknologi Media
(PERMEDIA) telah menganjurkan program Ujibakat Pembaca Berita (UPB) pada 20 Mei
2014 di Bilik Media.
Program ini
terbuka kepada semua pelajar UUM. Pada 18 Mei 2014 telah diadakan saringan
(screening test) setiap pelajar untuk melayakkan mereka ke peringkat akhir pada
20 Mei tersebut.
Semasa sesi saringan, peserta
diberikan taklimat ringkas tentang cara-cara membaca berita oleh Ikon Siarawan,
Khavi Arasan. Peserta pada peringkat akhir telah dihadkan kepada 10 orang
sahaja.
Juri
jemputan untuk mengadili ujibakat ini ialah En. Suhaimi Ismail dan En. Suhaimi,
iaitu wakil daripada Unifilm UUM. Peserta yang mendapat johan ialah Nazliatul
Naimah Abdul Fadon, naib johan pula ialah Syarizat Idris dan tempat ketiga
dimenangi oleh Intan Baizura Mohammad.
Para pemenang mendapat hadiah hamper, sijil
serta wang tunai. Kesemua peserta peringkat akhir ini telah dilamar oleh
Unifilm UUM untuk berada dibawahnya.
AJK pelaksana bergambar bersama juri dari Unifilm UUM
No comments:
Post a Comment