SMMTC WEEK
"SUKANEKA"
Sukan
Hubungan Silaturrahim
SINTOK – Sempena minggu School of Multimedia
Technology And Communication (SMMTC) Universiti Utara Malaysia (UUM), Persatuan
Teknologi Media ( PERMEDIA ) telah menganjurkan ‘Kembara Sukaneka’ yang
berlangsung pada 20 Mei 2014 bertempat di perkarangan SMMTC.
Program ini telah disertai seramai 40 orang peserta
dengan melibatkan lima acara permainan yang perlu dilaksanakan oleh setiap
peserta.
Menurut
Nuramirah Othman pengarah projek kembara sukaneka, ‘tujuan aktiviti kembara
sukaneka ini dijalankan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar
di samping menggalakkan lagi pelajar-pelajar menyertai aktiviti anjuran
persatuan di universiti.
“Saya
amat gembira dapat menyertai aktiviti kembara sukaneka ini kerana dapat
merapatkan hubungan saya di antara rakan-rakan serta dapat menghilangkan
tekanan sebelum menghadapi peperiksaan’ kata Mohd Alif Afdzan, yang merupakan
salah seorang peserta dan juga pemenang untuk aktiviti ini.
Program
yang bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari telah
berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Diharapkan persatuan dapat
menganjurkan aktiviti sebegini lagi pada masa akan datang dan mendapat lebih
banyak lagi penyertaan oleh pelajar.
Antara aksi para peserta.
Para peserta gigih melakukan tugasan.
Antara aksi para peserta.
Kerjasama sangat penting dalam acara ini.
Terserlah semagat berpasukan pelajar-pelajar Teknologi Media.
Peserta dan AJK bergambar bersama Penasihat PERMEDIA.
No comments:
Post a Comment