SMMTC WEEK
CAR
WASH MENDAPAT SAMBUTAN
SINTOK
: Persatuan PERMEDIA berjaya
melaksanakan aktiviti “car wash ” bertempat di bahagian letak kenderaan berhadapan bangunan Pusat
Pengajian School of Multimedia Teknology and Communication ( SMMTC ) selama 4
hari iaitu pada 18 Mei hingga 22 Mei 2014.
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk
mengumpul dana persatuan disamping dapat memupuk semangat kerjasama antara
ahli-ahli PERMEDIA.
Sebanyak 23 kenderaan telah berjaya
dikumpul untuk dicuci sepanjang minggu
SMMTC itu berlangsung dimana 17 buah darinya merupakan kereta pensyarah, 2 buah
kereta daripada pelajar dan selebihnya motosikal.
Pengarah projek, Amirul Mestar
menyatakan rasa terharu dan ucapan terima kasih kepada pensyarah dan pelajar
yang sudi membantu persatuan untuk mencari dana.
“ Selain mencari dana, secara tidak
langsung memberi kesan kepada hubungan yang terjalin antara ahli-ahli PERMEDIA
dan staf-staf yang bekerja di bawah satu bumbung yang sama” ujarnya.
Aktiviti ini berjalan dengan lancar atas
sokongan yang kuat daripada penasihat PERMEDIA dan ahli-ahlinya.
Pengarah projek memberi taklimat kepada AJK
AJK giat membasuh kereta
Antara kereta yang dibasuh
No comments:
Post a Comment