DUA PROGRAM PERMEDIA BERJALAN LANCAR
SINTOK
: Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA) telah berjaya menganjurkan satu program
amal “Setulus Kasih Seikhlas Bakti” bersama penduduk Kampung Changkat Setul pada
23 September 2014, Selasa di Dewan serbaguna Kampung Changkat Setul,di sini
semalam.
Perasmian dilaksanakan oleh
Penasihat PERMEDIA, Dr.Awan Ismail dan turut hadir bersama ketua Kampung
Changkat Setul, Pn.Halimaton serta ahli jawatankuasa kampung tersebut.
Program ini bertujuan
membantu meringankan beban yang melibatkan tujuh buah keluarga kurang
bekemampuan serta dapat memberi pendedahan kepada barisan Majlis Tertinggi (MT)
dan Exco PERMEDIA terhadap pengalaman dalam melakukan program amal bersama
penduduk setempat.
Sumbangan diterima daripada kalangan pensyarah-pensyarah
Universiti Utara Malaysia (UUM), Kafe Cengkih, kakitangan Perpustakaan Sultanah
Bahiyah dan para pelajar UUM.
Dalam masa yang sama, PERMEDIA turut menjalankan kursus
induksi kepada mahasiswa/i semester pertama program Teknologi Media 2014/2015
di Dewan Seminar Kolej Sastera dan Sains.
Kursus ini berlangsung selama sehari dan merupakan kali ke-8
dijalankan semenjak Program Teknologi Media dari Pusat Pengajian Komunikasi dan
Bahasa Moden dibuka di UUM.
Kursus induksi mahasiswa/i semester
pertama 2014/2015 diadakan bertujuan mewujudkan interaksi dua hala yang
berkesan dalam kalangan para pelajar dan pensyarah serta mendedahkan mereka kepada 3 bidang
tumpuan dalam Teknologi Media iaitu penyiaran, kewartawanan dan pengiklanan.
Perasmian telah dilaksanakan
oleh penasihat PERMEDIA, Dr. Awan Ismail yang turut dihadiri oleh Mantan
Penasihat, Dr.Nurizah Ariffin, dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa kursus
induksi ini penting kepada pelajar-pelajar baru untuk mengenali program
Teknologi Media dengan lebih jelas.
Setiap bidang tumpuan telah
diberi pencerahan daripada pensyarah-pensyarah Teknologi Media supaya mereka
mengetahui kebaikan dari setiap satunya bagi memudahkan mereka memilih bidang
tumpuan yang sesuai pada semester ke-3 akan datang.
Selain itu, para pelajar dapat bergiat aktif dengan
melibatkan diri dalam aktiviti yang telah berlangsung sepanjang kursus ini
dijalankan serta menanam semangat
dan keazaman dalam diri setiap mahasiwa/i untuk menjadi insan yang cemerlang
dan serba boleh dalam setiap bidang.
Pengarah
projek, Mohammad Hakim Mohamad @ Ismail menyatakan harapan agar mahasiswa/i
dapat memahami program Teknologi Media dan mengucapan jutaan terima kasih
kepada Ahli Jawatan Kuasa PERMEDIA semester ke-3 yang telah melibatkan diri dalam
menjayakan kursus .
BARISAN ketiga dari kanan, Dr.Awan Ismail bersama wakil tujuh buah keluarga dan ahli MT dan Exco Permedia
No comments:
Post a Comment