Sintok : Universiti Utara
Malaysia ( UUM ) melalui Persatuan Teknologi Media ( Permedia ) dengan
kerjasama Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi , Kolej Sastera
dan Sains ( CAS ) telah menganjurkan program induksi untuk pelajar baru
semester 2014/2015.
Sepanjang program tersebut, peserta diberi bimbingan dan
taklimat mengenai bidang tumpuan yang ada oleh tiga pensyarah yang telah
dilantik di samping melakukan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seperti
pertandingan welfie, recycle and use, group strength dan sukaneka.
Pengarah Projek, Mohd Hakim Mohammad Ismail berkata , program induksi ini adalah bertujuan mendedahkan kepada pelajar mengenai bidang yang menjadi tumpuan utama iaitu dalam bidang periklanan, kewartawanan dan penyiaran.
Pengarah Projek, Mohd Hakim Mohammad Ismail berkata , program induksi ini adalah bertujuan mendedahkan kepada pelajar mengenai bidang yang menjadi tumpuan utama iaitu dalam bidang periklanan, kewartawanan dan penyiaran.
“ Program selama satu hari yang dianjurkan
oleh Permedia ini bukan sahaja memberi pendedahan dan maklumat lebih terperinci
tentang tiga bidang tumpuan teknologi
media malah ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim
antara senior dengan junior.’katanya ketika ditemui semalam.
Mohd
Hakim berkata, program yang melibatkan seramai 39 orang peserta dari Program
Teknologi Media sesi 2014/2015 merupakan salah satu alternatif terbaik untuk
mereka mendapatkan gambaran sebenar mengenai kursus yang perlu mereka ambil
pada semester ketiga nanti.
Majlis
yang dirasmikan oleh penasihat Permedia , Dr. Awan Binti Ismail berlangsung
dengan jayanya di Dewan Seminar Teknologi Multimedia dan Komunikasi ( SMMTC )
di kampus UUM.
No comments:
Post a Comment