Sintok, 16 Disember : Seramai 83 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM)
mencuba nasib dalam program ujibakat pembaca berita TV3 anjuran Persatuan
Teknologi Media (PERMEDIA), Pusat PengajianTeknologi Multimedia dan Komunikasi
(SMMTC) dengan kerjasama Sistem Televisyen Berhad (TV3), di sini, hari ini.
Program yang dijalankan selama sehari
ini bertujuan mencungkil bakat terpendam mahasiswa yang ternyata berpotensi
dalam industri bidang penyiaran terutama penyampai berita dan wartawan
penyiaran.
Ujibakat pembaca berita ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh
PERMEDIA untuk memberi pendedahan dan
peluang kepada bakal-bakal graduan yang dilihat berpotensi menceburi bidang ini.
Ketua Bahagian Berita TV3, Nasharudin Tajudin berkata, seorang pembaca berita mestilah
seorang yang mempunyai personaliti yang berani dan fasih bertutur agar mesej
yang bakal disampaikan memberi kesan kepada pendengar.
“Lima prinsip yang diguna pakai untuk menjadi penyampai berita yang bagus
ialah pacing, pausing, projection, pronunciation dan pitching,” katanya
ketika ditemui.
Penilaian ujibakat ini dilaksananakan melalui dua tahap iaitu tahap
pertama, peserta akan dinilai oleh juri jemputan khas iaitu personaliti TV3,
Meor Abdul Malek Rayani. Setiap calon akan diberi pendedahan tentang
kriteria-kriteria yang perlu ada dalam diri setiap pembaca berita.
Pada tahap kedua, peserta yang berjaya melepasi pada tahap pertama, mereka
secara automatiknya akan dinilai oleh seorang juri professional iaitu Nasharudin Tajudin
mereka akan dinilai secara lebih terperinci berkenaan dengan intonansi suara,
kelancaran pertuturan , eye contact termasuklah bahasa badan.
Mahasiswa Sarjana Muda Teknologi Media,Mohd Azim Azfar Mohd Zahari berkata,
langkah ini membantu meningkatkan lagi keyakinan diri.
“Terima kasih kepada pihak penganjur kerana menyediakan platform yang
sebenar untuk mengetengahkan bakat saya dan saya berharap agar pogram ini
dilakukan secara berterusan,”
Mahasiswa Sarjana Muda Sains Ekonomi, Syarizat Idris berkata, program ini
sebagai platform kepada mahasiswa untuk menyerlahkan bakat mereka.
“Saya berharap program seperti ini akan diteruskan agar pendedahan seperti
ini membantu kami untuk lebih bersedia menghadapi situasi sebenar dalam alam
pekerjaan selepas bergelar graduan nanti,” katanya ketika ditemui.
Mahasiswa Pengurusan Pembangunan, Muhammad Syahid Shaari berkata, ujibakat
ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta menggilap bakat mereka malah
menjadi kayu ukur kepada mereka untuk membaiki kelemahan diri sendiri.
“Saya berharap agar pihak TV3 dapat melihat kebolehan saya serta memberi
peluang kepada saya untuk mengetengahkan bakat saya,”katanya ketika ditemui
selepas sesi ujibakat .
thank you for this opportunity
ReplyDelete