ANNUAL
GRAND MEETING
PERMEDIA 2014
Oleh : Siti Nurhidayah rasul
SINTOK : Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA)
Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya melaksanakan satu Majlis “Annual
Grand Meeting” (AGM) bertempat di Dewan Seminar Kolej Teknologi Multimedia dan
Komunikasi (SMMTC) pada 25 Februari, baru-baru ini.
Majlis
yang berlangsung pada jam 2 petang hingga 6.30 petang itu turut dihadiri oleh
Mantan Penasihat Dr. Norizah Arifin dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan “PERMEDIA”
2012/2013.
Matlamat
pelaksanaan program ini adalah untuk membentang laporan tahunan program dan
kewangan bagi sesi 2012/2013 dan penyerahan laporan daripada mantan presiden
kepada presiden baru, seterusnya memperkenalkan organisasi kepimpinan baru bagi
sesi 2013/2014 agar dapat meneruskan keberlangsungan Persatuan PERMEDIA untuk
masa akan datang.
Objektif
majlis ini turut memperkenalkan barisan Ahli Majlis Tertinggi PERMEDIA bagi
sesi 2013/2014 di bawah bimbingan Dr.Awan Ismail sebagai penasihat. Seterusnya,
membentangkan Almanak program setahun bagi sesi baru kepada Ahli persatuan.
Setiap
ahli Persatuan perlu menanam semangat dan keazaman untuk menjadikan PERMEDIA sebuah
persatuan yang cemerlang dan serba boleh dalam setiap aspek yang memenuhi
kebolehpasaran graduan disamping menaikkan nama
PERMEDIA ke peringkat yang lebih
tinggi.
Kata-kata aluan daripada Mantan Penasihat PERMEDIA Dr. Norizah Arifin
Ucapan dari penasihat baru PERMEDIA Dr. Awan Ismail
Pembentangan laporan dari Mantan Timbalan Presiden PERMEDIA saudari husna
Sebahagian Ahli PERMEDIA yang hadir
Penyerahan fail laporan daripada Mantan Penasihat kepada Penasihat baru