![]() |
MT & EXCO PERMEDIA SESI 2015/2016 |
Tuesday, 29 September 2015
BARISAN KEPIMPINAN PERMEDIA SESI 2015/2016
Thursday, 24 September 2015
BENGKEL PENULISAN SKRIP SEBAGAI PRAKTIKAL KEPADA PELAJAR MEDIA
SINTOK, 17 NOVEMBER 2015 – Kelab Persatuan
Teknologi Media (PERMEDIA) dengan
kolaborasi bersama Pensyarah program Teknologi Media, Dr. Hizral Tazif Hisyam
telah menganjurkan Bengkel Penulisan Skrip yang diadakan di Studio SMMTC, Universiti
Utara Malaysia (UUM), Sintok.
Seramai 51 orang mahasiswa UUM yang terdiri
daripada pelajar PERMEDIA semseter satu, tiga dan lima menyertai bengkel ini
untuk diberikan pendedahan tentang penulisan skrip dan ‘Multicamera Production’
yang bertujuan untuk melahirkan pelajar
yang berkemampuan dalam menulis skrip yang berkualiti.
Usaha mengadakan bengkel ini adalah sebagai
praktikal kepada mahasiswa terutama pelajar dari program Teknologi Media
sebagai persediaan kepada mereka untuk menghadapi produksi yang penuh dengan
cabaran serta persaingan yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal sebagai
pengamal media.
Bengkel yang berlangsung pada jam 8.00 pagi
hingga 1.00 tengah hari ini diisi dengan beberapa aktiviti yang mendedahkan
kegiatan sesebuah produksi antaranya cara menggunakan kamera, latihan sebagai krew
di belakang tabir sesebuah produksi dan penyampai berita.
Selain itu, para peserta juga didedahkan
dengan aktiviti membuat rakaman untuk program bual bicara. Peserta diberikan
peluang untuk menjadi ‘cameraman’, ‘host’, ‘produser’ dan sebagainya.
Program
dimulakan dengan sesi pendaftaran para peserta Bengkel Penulisan Skrip 2015
Penasihat Persatuan Teknologi Media
(Permedia) memberikan kata-kata ucapan untuk memulakan aktiviti pagi ini
Sesi
penerangan tentang penulisan skrip oleh Dr. Hizral Tazif Hisham. Selain itu,
beliau juga telah memberi penerangan tentang cara untuk membuat rakaman berita,
bual bicara dan hiburan
Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan
untuk melakukan latihan rakaman. Aktiviti ini membolehkan pelajar lebih
memahami cara-cara menggunakan kamera
Salah satu aktiviti membuat rakaman
untuk program bual bicara. Peserta diberikan peluang untuk menjadi ‘cameraman’,
‘host’, ‘produser’ dan lain-lain lagi
Peserta diberikan peluang untuk
mengendalikan kamera sekaligus memberi pengalaman kepada peserta untuk menjadi
jurukamera di masa hadapan
Salah seorang fasilitator yang sedang
memberikan tunjuk ajar kepada pelajar untuk melakukan tugas sebagai seorang
‘producer’
Antara
peserta yang mencuba untuk menjadi pembaca berita. Bakat mereka terserlah
apabila mereka menyertai bengkel ini
Subscribe to:
Posts (Atom)