Oleh
NOR ASHIKIN MOHD ASRI
SINTOK, 15 Mac 2016 : Buat julung kalinya, HAS Filmmaking Academy dijemput oleh Persatuan Teknologi
Media (PERMEDIA) untuk menganjurkan satu bengkel perfileman dengan menggunakan
slogan Zero to One.
Bengkel
ini dianjurkan bagi memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada mahasiswa dan
mahasiswi tentang cara-cara untuk menghasilkan sebuah filem pendek yang menarik
dan mampu memberi kesan bermanfaat dalam jangka masa panjang.
Dalam
bengkel ini seramai 30 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Utara
Malaysia (UUM) telah mengikuti program tersebut yang dikendalikan oleh dua
orang kuat dari HAS Filmmaking Academy iaitu Nazirul Haziq dan Ulwan Mokhtar
telah dijemput khas bagi memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang
hadir.
Pengarah
Projek program ini, Nurzuraini Zahri berkata dia berharap program ini dapat
diteruskan generasi akan datang supaya pelajar lebih peka terhadap dunia
perfileman yang lebih memberi impak positif kepada masyarakat.
Program
yang berlangsung di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC)
ini memberi pelbagai informasi kepada mahasiswa dan mahasiswi terhadap proses
untuk membuat sesebuah filem pendek dari peringkat asas sehinggalah ke
peringkat menerbitkan filem tersebut.
Mahasiswa
dan mahasiswi telah diminta bagi menghasilkan sebuah filem pendek dengan
menggunakan tema ‘sampah’ dalam masa yang telah ditetapkan. Pada sebelah petang
pula, mahasiswa/i telah diajar cara-cara untuk mengedit video dengan
menggunakan perisian Sony Movie Studio yang dibekalakan oleh pihak HAS Filmmaking Academy.
Pada
sebelah malamnya pula, berlangsungnya program Film Studies yang bertujuan bagi
mengajak para penonton memahami setiap makna yang tersirat atau tersurat yang
cuba disampaikan oleh sesebuah filem yang dipertontonkan.
Trainner Hamasah As-Syabab Filmmaking Academy
(HASFA) bergambar bersama mahasiswa dan mahasiswi selepas tamat sesi “Zero to
One”
Sesi Film Studies bersama HAS dengan tajuk Seni
dalam filem memberi pendedahan tentang cara menonton filem
No comments:
Post a Comment