Monday 3 March 2014


ANNUAL GRAND MEETING 
PERMEDIA 2014

Oleh : Siti Nurhidayah rasul

SINTOK : Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya melaksanakan satu Majlis “Annual Grand Meeting” (AGM) bertempat di Dewan Seminar Kolej Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) pada 25 Februari, baru-baru ini.
            Majlis yang berlangsung pada jam 2 petang hingga 6.30 petang itu turut dihadiri oleh Mantan Penasihat Dr. Norizah Arifin dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan “PERMEDIA” 2012/2013.
            Matlamat pelaksanaan program ini adalah untuk membentang laporan tahunan program dan kewangan bagi sesi 2012/2013 dan penyerahan laporan daripada mantan presiden kepada presiden baru, seterusnya memperkenalkan organisasi kepimpinan baru bagi sesi 2013/2014 agar dapat meneruskan keberlangsungan Persatuan PERMEDIA untuk masa akan datang.
            Objektif majlis ini turut memperkenalkan barisan Ahli Majlis Tertinggi PERMEDIA bagi sesi 2013/2014 di bawah bimbingan Dr.Awan Ismail sebagai penasihat. Seterusnya, membentangkan Almanak program setahun bagi sesi baru kepada Ahli persatuan.
            Setiap ahli Persatuan perlu menanam semangat dan keazaman untuk menjadikan PERMEDIA sebuah persatuan yang cemerlang dan serba boleh dalam setiap aspek yang memenuhi kebolehpasaran graduan disamping menaikkan nama  PERMEDIA  ke peringkat yang lebih tinggi.
                       
         




Kata-kata aluan daripada Mantan Penasihat PERMEDIA Dr. Norizah Arifin

  
Ucapan dari penasihat baru PERMEDIA Dr. Awan Ismail


Pembentangan laporan dari Mantan Timbalan Presiden PERMEDIA saudari husna 


Sebahagian Ahli PERMEDIA yang hadir 


Penyerahan fail laporan daripada Mantan Penasihat kepada Penasihat baru 

No comments:

Post a Comment