Monday 3 November 2014

PERMEDIA RAI ANAK - ANAK YATIM HEMBUSAN KASIH

      

            KUALA PERLIS:  Mahasiswa hari ini tidak hanya digalakkan menjalankan aktiviti dan tinggal di kawasan kampus semata-mata malahan mereka digalakkan menjalankan tanggungjawab sosial serta mendekati masyarakat yang kurang bernasib baik.

Mereka boleh membina keyakinan diri serta memperkukuhkan sahsiah melalui program kemasyarakatan dalam usaha menjadi pemimpin negara dan masyarakat pada masa akan datang.

Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia (UUM CAS), Dr Massudi Mahmuddin berkata, usaha mendekati masyarakat adalah salah satu alternatif terbaik bagi membina tahap kepimpinan dan tanggungjawab seseorang mahasiswa.

Beliau berkata, keyakinan diri akan bertambah apabila mereka perlu berkomunikasi dan mampu mengendalikan projek membabitkan pelbagai lapisan masyarakat.

”Kunci utama kejayaan seseorang mahasiswa adalah kemampuan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan secara berkualiti, kreatif dan inovatif,” katanya ketika ditemui di Majlis Makan Malam Amal PERMEDIA di sini, semalam.

Dalam majlis itu, seramai 23 anak-anak yatim dari Rumah Hembusan Bayu, Kangar di sini, mendapat perhatian pelajar Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA) apabila mereka diraikan dalam majlis makan malam berkenaan.

Antara tetamu yang  hadir, Pengurus TV3 Kedah dan Perlis, Hanim Abdul Malek, Penyelaras Program Teknologi Media, Dr Sabrina Abdul Rashid, Penasihat PERMEDIA, Dr Awan Ismail dan rakan media serta mahasiswa.

Massudi berkata, tindakan mahasiswa ini mampu memberi impak yang besar kepada anak-anak yatim kerana mereka turut membela nasib golongan yang kurang bernasib baik.

Dalam masa yang sama, Penyelaras Program Teknologi Media, Dr. Sabrina Rashid berkata, pihak SMMTC memberi sokongan penuh dalam projek makan malam amal PERMEDIA bagi membolehkan mahasiswa aktif dalam program kemasyarakatan.

”Tindakan ini dilihat mampu menggilap kepimpinan mahasiswa dalam usaha menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.” katanya.

Sementara itu, Penasihat PERMEDIA Dr. Awan Ismail berkata, projek ini tidak akan dapat direalisasikan sekiranya mahasiswa persatuan PERMEDIA tidak menggembleng tenaga untuk menjalankan program ini.

”Saya melihat mereka mampu menjalankan tanggungjawab dan membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka mampu memberi sumbangan kepada anak-anak yatim,” katanya



Antara peserta yang turut hadir :











                                                                               




                                                                                                                                 




























No comments:

Post a Comment