Monday 3 March 2014

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI
MAJLIS TERTINGGI PERMEDIA

 Oleh : Amirul Mestar

PERLIS – Pembangunan Pelajar dan Alumni College Art and Science (PPA CAS) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan satu Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) bertempat di Tasoh Lake Resort selama tiga hari dua malam bermula dari 13 hingga 15 Februari 2014.
           Menurut Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni College Art and Science (PPA CAS) Dr. Massudi Mahmuddin berkata, “ Pada masa kini softskill dan penguasaan Bahasa Inggeris adalah sangat penting untuk membantu kebolehpasaran pelajar di alam pekerjaan selepas menamatkan pengajian”.
          “Kami dari PPA CAS menggalakkan para pelajar UUM untuk melibatkan diri dalam program mobiliti pelajar sama ada di dalam atau luar negara bagi mendedahkan para pelajar terhadap persekitaran pembelajaran Universiti lain serta mendapatkan serba sedikit ilmu yang baru”, Katanya dalam majlis perasmian KPO malam tadi.
      Program ini dianjurkan bertujuan memberikan pendedahan kepada barisan Majlis Tertinggi setiap persatuan yang bernaung di bawah PPA CAS mengenai pengurusan organisasi setiap persatuan serta memberi kefahaman terhadap konsep pengurusan yang efisien dan efektif.
       Antara pengisian dalam program ini adalah berkaitan Protokol, Pengurusan Acara, Pengurusan kewangan persatuan, seterusnya pembentangan Almanak Persatuan dalam tempoh setahun bagi memudahkan kelancaran setiap program yang akan dijalankan.
      "Teambuilding" dan merempuh halangan turut dijalankan dalam program tersebut bagi memupuk semangat kerjasama dalam satu pasukan.
Program ini telah berjalan dengan jayanya dengan kerjasama Timbalan Dekan PPA CAS Dr. Jafri Zulkepli, Kakitangan PPA CAS, dan enam orang MPP UUM CAS.  



No comments:

Post a Comment