Tuesday 22 March 2016

EVOLUSI MELAHIRKAN GENERASI MAHIR TEKNOLOGI

Oleh NOR ASHIKIN MOHD ASRI

SINTOK, 15 Mac 2016 : Buat julung kalinya, HAS Filmmaking Academy dijemput oleh Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA) untuk menganjurkan satu bengkel perfileman dengan menggunakan slogan Zero to One.

Bengkel ini dianjurkan bagi memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang cara-cara untuk menghasilkan sebuah filem pendek yang menarik dan mampu memberi kesan bermanfaat dalam jangka masa panjang.

Dalam bengkel ini seramai 30 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengikuti program tersebut yang dikendalikan oleh dua orang kuat dari HAS Filmmaking Academy iaitu Nazirul Haziq dan Ulwan Mokhtar telah dijemput khas bagi memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang hadir.

Pengarah Projek program ini, Nurzuraini Zahri berkata dia berharap program ini dapat diteruskan generasi akan datang supaya pelajar lebih peka terhadap dunia perfileman yang lebih memberi impak positif kepada masyarakat.

Program yang berlangsung di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) ini memberi pelbagai informasi kepada mahasiswa dan mahasiswi terhadap proses untuk membuat sesebuah filem pendek dari peringkat asas sehinggalah ke peringkat menerbitkan filem tersebut.

Mahasiswa dan mahasiswi telah diminta bagi menghasilkan sebuah filem pendek dengan menggunakan tema ‘sampah’ dalam masa yang telah ditetapkan. Pada sebelah petang pula, mahasiswa/i telah diajar cara-cara untuk mengedit video dengan menggunakan perisian Sony Movie Studio yang dibekalakan oleh pihak  HAS Filmmaking Academy.


Pada sebelah malamnya pula, berlangsungnya program Film Studies yang bertujuan bagi mengajak para penonton memahami setiap makna yang tersirat atau tersurat yang cuba disampaikan oleh sesebuah filem yang dipertontonkan.

Trainner Hamasah As-Syabab Filmmaking Academy (HASFA) bergambar bersama mahasiswa dan mahasiswi selepas tamat sesi “Zero to One”

Sesi Film Studies bersama HAS dengan tajuk Seni dalam filem memberi pendedahan tentang cara menonton filem




Tuesday 29 September 2015

BARISAN KEPIMPINAN PERMEDIA SESI 2015/2016

MT & EXCO PERMEDIA SESI 2015/2016

Thursday 24 September 2015

BENGKEL PENULISAN SKRIP SEBAGAI PRAKTIKAL KEPADA PELAJAR MEDIA

SINTOK, 17 NOVEMBER 2015 – Kelab Persatuan Teknologi  Media (PERMEDIA) dengan kolaborasi bersama Pensyarah program Teknologi Media, Dr. Hizral Tazif Hisyam telah menganjurkan Bengkel Penulisan Skrip yang diadakan di Studio SMMTC, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

Seramai 51 orang mahasiswa UUM yang terdiri daripada pelajar PERMEDIA semseter satu, tiga dan lima menyertai bengkel ini untuk diberikan pendedahan tentang penulisan skrip dan ‘Multicamera Production’ yang bertujuan untuk  melahirkan pelajar yang berkemampuan dalam menulis skrip yang berkualiti.

Usaha mengadakan bengkel ini adalah sebagai praktikal kepada mahasiswa terutama pelajar dari program Teknologi Media sebagai persediaan kepada mereka untuk menghadapi produksi yang penuh dengan cabaran serta persaingan yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal sebagai pengamal media.

Bengkel yang berlangsung pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini diisi dengan beberapa aktiviti yang mendedahkan kegiatan sesebuah produksi antaranya cara menggunakan kamera, latihan sebagai krew di belakang tabir sesebuah produksi dan penyampai berita.

Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan aktiviti membuat rakaman untuk program bual bicara. Peserta diberikan peluang untuk menjadi ‘cameraman’, ‘host’, ‘produser’ dan sebagainya.

Turut hadir pada program ini adalah Penasihat PERMEDIA, Azhar Kassim dan Pensyarah program Teknologi Media, Dato Mior Kamarulbaid Mior Shahid yang juga merupakan mantan Ketua Pengarang Berita Harian.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran para peserta Bengkel Penulisan Skrip 2015

Penasihat Persatuan Teknologi Media (Permedia) memberikan kata-kata ucapan untuk memulakan aktiviti pagi ini

Sesi penerangan tentang penulisan skrip oleh Dr. Hizral Tazif Hisham. Selain itu, beliau juga telah memberi penerangan tentang cara untuk membuat rakaman berita, bual bicara dan hiburan

Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk melakukan latihan rakaman. Aktiviti ini membolehkan pelajar lebih memahami cara-cara menggunakan kamera

Salah satu aktiviti membuat rakaman untuk program bual bicara. Peserta diberikan peluang untuk menjadi ‘cameraman’, ‘host’, ‘produser’ dan lain-lain lagi

Peserta diberikan peluang untuk mengendalikan kamera sekaligus memberi pengalaman kepada peserta untuk menjadi jurukamera di masa hadapan

Salah seorang fasilitator yang sedang memberikan tunjuk ajar kepada pelajar untuk melakukan tugas sebagai seorang ‘producer’

Antara peserta yang mencuba untuk menjadi pembaca berita. Bakat mereka terserlah apabila mereka menyertai bengkel ini 


Saturday 9 May 2015

Colloquium on Research in Media Studies(CRMS 2015)

LOGO COLLOQUIUM ON RESEARCH IN MEDIA STUDIES

Tuesday 7 April 2015

Colloquium on Research in Media Studies(CRMS 2015)

Colloquium name : Colloquium on Research in Media Studies (CRMS 2015)

Date                      : 19 May 2015
Time                      : 08.00-05.00 pm
Place                     : SMMTC Building, UUM Sintok
Theme                   : Growing with Media
Sub Theme            : Broadcasting, Journalism, Advertising and New Media
Keynote Speaker    : Dr Mohd Sobhi Ishak (Senior lecturer Media Technology)

Introduction    
This colloquium is organized by the students from SCCT 3043 Media Seminar Course in collaboration with PERMEDIA (student association). This colloquium is held for knowledge sharing between undergraduate students from Media Technology and Communication program in the field of journalism, broadcasting, advertising and new media. In addition, this colloquium is also held to give exposure to all students on research knowledge. The organization of this seminar colloquium is to continue the civilizing organizing seminars on media studies which have been conducted in 2012, 2013 and 2014 in conjuction with the SMMTC weeks.

Objectives            
i. To discuss and expose media research work produced by students.
ii. Cultivating a culture and practice media research. This can be realized through the preparation of a    working paper prepared by the students media as a zone of their discussion to disseminate and present their views and findings or the results of their work.
iii. Provides a space for students to discuss and share knowledge about media.
iv. Provides a platform for students to publish a paper an emprical research oriented media products.
v.  Elicited student talent in writing a paper media research.

Fees                      : Students SCCT3043 Media Seminar (presenter)- RM50.00
                                (including breakfast,lunch, afternoon tea, certificate, & CD proceeding)
                             : Students (participate)- RM30.00
                                (including breakfast,lunch, afternoon tea & certificate)

Saturday 20 December 2014

Program Senam Perpaduan mengeratkan silaturahim

ALOR SETAR: Kegembiraan jelas terpancar pada wajah mahasiswa Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA), Universiti Utara Malaysia (UUM) setelah menyertai Program Senam Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah, di sini, semalam.

        Penglibatan mereka amat penting kerana ia membantu membolehkan mereka menjadi mahasiswa yang sihat, aktif dan berketrampilan di samping menyediakan platform mereka berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat.

           Program Senam Pepaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Malaysia dengan kerjasama TV3 diadakan bagi meningkatkan tahap kesihatan setiap anggota masyarakat tanpa mengira peringkat umur.

           Ini kerana kesihatan merupakan tunggak utama sebuah negara agar dapat melahirkan masyarakat yang cergas mahupun aktif dalam melaksanakan tugasan harian serta mengelak masyarakat menghidap pelbagai penyakit.
           
           Ketua Pengarah Jabatan Pepaduan Negara dan Integrasi Nasional Malaysia, Gandesan Letchumanan berkata selain daripada kesihatan, program ini juga bertujuan mengumpulkan  masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum untuk berinteraksi antara satu sama lain.

         “Kita sentiasa mengatakan istilah senaman itu dengan hanya pergi ke taman kemudian melakukan senaman. Tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawa senaman itu mampu mewujudkan perpaduan.

              “Apa yang kami mahukan melalui program ini ialah mereka dapat mengenali antara satu sama lain seperti mengetahui pantang larang setiap kaum,” katanya ketika ditemui selepas Program Senam Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Malaysia bersama TV3, di Taman Rimba, di sini, semalam.

              Dalam program ini, lebih 40 mahasiswa UUM, staf dan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, personaliti dan staf  TV3, staf Jabatan Perpaduan, staf Hospital Sultanah Bahiyah serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sekitar Kedah.

                Turut hadir, Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Datuk  Dr Juita Ghazalie serta Penasihat PERMEDIA, Dr Awan Ismail.


          Gandesan berkata, program ini patut dilanjutkan lagi melalui rukun tertangga, kelab rukun negara di sekolah serta sekretariat-sekretariat di universiti supaya mengeratkan lagi hubungan silaturahim masyarakat di Malaysia.



Wednesday 17 December 2014

PENCARIAN BAKAT PEMBACA BERITA TV3

Sintok, 16 Disember : Seramai 83 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) mencuba nasib dalam program ujibakat pembaca berita TV3 anjuran Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA), Pusat PengajianTeknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) dengan kerjasama Sistem Televisyen Berhad (TV3), di sini, hari ini.
           Program yang dijalankan  selama sehari ini bertujuan mencungkil bakat terpendam mahasiswa yang ternyata berpotensi dalam industri bidang penyiaran terutama penyampai berita dan wartawan penyiaran.
         Ujibakat pembaca berita ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh PERMEDIA untuk  memberi pendedahan dan peluang kepada bakal-bakal graduan yang dilihat berpotensi menceburi bidang ini.
           Ketua Bahagian Berita TV3, Nasharudin Tajudin  berkata, seorang pembaca berita mestilah seorang yang mempunyai personaliti yang berani dan fasih bertutur agar mesej yang bakal disampaikan memberi kesan kepada pendengar.
         “Lima prinsip yang diguna pakai untuk menjadi penyampai berita yang bagus ialah pacing, pausing, projection, pronunciation dan pitching,” katanya ketika ditemui.
          Penilaian ujibakat ini dilaksananakan melalui dua tahap iaitu tahap pertama, peserta akan dinilai oleh juri jemputan khas iaitu personaliti TV3, Meor Abdul Malek Rayani. Setiap calon akan diberi pendedahan tentang kriteria-kriteria yang perlu ada dalam diri setiap pembaca berita.
      Pada tahap kedua, peserta yang berjaya melepasi pada tahap pertama, mereka secara automatiknya akan dinilai oleh seorang  juri professional iaitu Nasharudin Tajudin mereka akan dinilai secara lebih terperinci berkenaan dengan intonansi suara, kelancaran pertuturan , eye contact termasuklah bahasa badan.
            Mahasiswa Sarjana Muda Teknologi Media,Mohd Azim Azfar Mohd Zahari berkata, langkah ini membantu meningkatkan lagi keyakinan diri.
      “Terima kasih kepada pihak penganjur kerana menyediakan platform yang sebenar untuk mengetengahkan bakat saya dan saya berharap agar pogram ini dilakukan secara berterusan,”
           Mahasiswa Sarjana Muda Sains Ekonomi, Syarizat Idris berkata, program ini sebagai platform kepada mahasiswa untuk menyerlahkan bakat mereka.
         “Saya berharap program seperti ini akan diteruskan agar pendedahan seperti ini membantu kami untuk lebih bersedia menghadapi situasi sebenar dalam alam pekerjaan selepas bergelar graduan nanti,” katanya ketika ditemui.
       Mahasiswa Pengurusan Pembangunan, Muhammad Syahid Shaari berkata, ujibakat ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta menggilap bakat mereka malah menjadi kayu ukur kepada mereka untuk membaiki kelemahan diri sendiri.

       “Saya berharap agar pihak TV3 dapat melihat kebolehan saya serta memberi peluang kepada saya untuk mengetengahkan bakat saya,”katanya ketika ditemui selepas sesi ujibakat .