Tuesday, 22 March 2016

EVOLUSI MELAHIRKAN GENERASI MAHIR TEKNOLOGI

Oleh NOR ASHIKIN MOHD ASRI

SINTOK, 15 Mac 2016 : Buat julung kalinya, HAS Filmmaking Academy dijemput oleh Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA) untuk menganjurkan satu bengkel perfileman dengan menggunakan slogan Zero to One.

Bengkel ini dianjurkan bagi memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang cara-cara untuk menghasilkan sebuah filem pendek yang menarik dan mampu memberi kesan bermanfaat dalam jangka masa panjang.

Dalam bengkel ini seramai 30 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengikuti program tersebut yang dikendalikan oleh dua orang kuat dari HAS Filmmaking Academy iaitu Nazirul Haziq dan Ulwan Mokhtar telah dijemput khas bagi memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang hadir.

Pengarah Projek program ini, Nurzuraini Zahri berkata dia berharap program ini dapat diteruskan generasi akan datang supaya pelajar lebih peka terhadap dunia perfileman yang lebih memberi impak positif kepada masyarakat.

Program yang berlangsung di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) ini memberi pelbagai informasi kepada mahasiswa dan mahasiswi terhadap proses untuk membuat sesebuah filem pendek dari peringkat asas sehinggalah ke peringkat menerbitkan filem tersebut.

Mahasiswa dan mahasiswi telah diminta bagi menghasilkan sebuah filem pendek dengan menggunakan tema ‘sampah’ dalam masa yang telah ditetapkan. Pada sebelah petang pula, mahasiswa/i telah diajar cara-cara untuk mengedit video dengan menggunakan perisian Sony Movie Studio yang dibekalakan oleh pihak  HAS Filmmaking Academy.


Pada sebelah malamnya pula, berlangsungnya program Film Studies yang bertujuan bagi mengajak para penonton memahami setiap makna yang tersirat atau tersurat yang cuba disampaikan oleh sesebuah filem yang dipertontonkan.

Trainner Hamasah As-Syabab Filmmaking Academy (HASFA) bergambar bersama mahasiswa dan mahasiswi selepas tamat sesi “Zero to One”

Sesi Film Studies bersama HAS dengan tajuk Seni dalam filem memberi pendedahan tentang cara menonton filem


video


No comments:

Post a Comment