Saturday 20 December 2014

Program Senam Perpaduan mengeratkan silaturahim

ALOR SETAR: Kegembiraan jelas terpancar pada wajah mahasiswa Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA), Universiti Utara Malaysia (UUM) setelah menyertai Program Senam Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah, di sini, semalam.

        Penglibatan mereka amat penting kerana ia membantu membolehkan mereka menjadi mahasiswa yang sihat, aktif dan berketrampilan di samping menyediakan platform mereka berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat.

           Program Senam Pepaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Malaysia dengan kerjasama TV3 diadakan bagi meningkatkan tahap kesihatan setiap anggota masyarakat tanpa mengira peringkat umur.

           Ini kerana kesihatan merupakan tunggak utama sebuah negara agar dapat melahirkan masyarakat yang cergas mahupun aktif dalam melaksanakan tugasan harian serta mengelak masyarakat menghidap pelbagai penyakit.
           
           Ketua Pengarah Jabatan Pepaduan Negara dan Integrasi Nasional Malaysia, Gandesan Letchumanan berkata selain daripada kesihatan, program ini juga bertujuan mengumpulkan  masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum untuk berinteraksi antara satu sama lain.

         “Kita sentiasa mengatakan istilah senaman itu dengan hanya pergi ke taman kemudian melakukan senaman. Tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawa senaman itu mampu mewujudkan perpaduan.

              “Apa yang kami mahukan melalui program ini ialah mereka dapat mengenali antara satu sama lain seperti mengetahui pantang larang setiap kaum,” katanya ketika ditemui selepas Program Senam Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Malaysia bersama TV3, di Taman Rimba, di sini, semalam.

              Dalam program ini, lebih 40 mahasiswa UUM, staf dan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, personaliti dan staf  TV3, staf Jabatan Perpaduan, staf Hospital Sultanah Bahiyah serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sekitar Kedah.

                Turut hadir, Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Datuk  Dr Juita Ghazalie serta Penasihat PERMEDIA, Dr Awan Ismail.


          Gandesan berkata, program ini patut dilanjutkan lagi melalui rukun tertangga, kelab rukun negara di sekolah serta sekretariat-sekretariat di universiti supaya mengeratkan lagi hubungan silaturahim masyarakat di Malaysia.



No comments:

Post a Comment