Monday 3 November 2014

INDUKSI PERMEDIA DAN SETULUS KASIH

DUA PROGRAM PERMEDIA BERJALAN LANCAR

SINTOK : Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA) telah berjaya menganjurkan satu program amal “Setulus Kasih Seikhlas Bakti” bersama penduduk Kampung Changkat Setul pada 23 September 2014, Selasa di Dewan serbaguna Kampung Changkat Setul,di sini semalam.
                Perasmian dilaksanakan oleh Penasihat PERMEDIA, Dr.Awan Ismail dan turut hadir bersama ketua Kampung Changkat Setul, Pn.Halimaton serta ahli jawatankuasa kampung tersebut.
 Program ini bertujuan membantu meringankan beban yang melibatkan tujuh buah keluarga kurang bekemampuan serta dapat memberi pendedahan kepada barisan Majlis Tertinggi (MT) dan Exco PERMEDIA terhadap pengalaman dalam melakukan program amal bersama penduduk setempat.
Sumbangan diterima daripada kalangan pensyarah-pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Kafe Cengkih, kakitangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan para pelajar UUM.
Dalam masa yang sama, PERMEDIA turut menjalankan kursus induksi kepada mahasiswa/i semester pertama program Teknologi Media 2014/2015 di Dewan Seminar Kolej Sastera dan Sains.
Kursus ini berlangsung selama sehari dan merupakan kali ke-8 dijalankan semenjak Program Teknologi Media dari Pusat Pengajian Komunikasi dan Bahasa Moden dibuka di UUM.
                Kursus induksi mahasiswa/i semester pertama 2014/2015 diadakan bertujuan mewujudkan interaksi dua hala yang berkesan dalam kalangan para pelajar dan pensyarah  serta mendedahkan mereka kepada 3 bidang tumpuan dalam Teknologi Media iaitu penyiaran, kewartawanan dan pengiklanan.
                Perasmian telah dilaksanakan oleh penasihat PERMEDIA, Dr. Awan Ismail yang turut dihadiri oleh Mantan Penasihat, Dr.Nurizah Ariffin, dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa kursus induksi ini penting kepada pelajar-pelajar baru untuk mengenali program Teknologi Media dengan lebih jelas.
                Setiap bidang tumpuan telah diberi pencerahan daripada pensyarah-pensyarah Teknologi Media supaya mereka mengetahui kebaikan dari setiap satunya bagi memudahkan mereka memilih bidang tumpuan yang sesuai pada semester ke-3 akan datang.
                Selain itu,  para pelajar dapat bergiat aktif dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang telah berlangsung sepanjang kursus ini dijalankan serta menanam semangat dan keazaman dalam diri setiap mahasiwa/i untuk menjadi insan yang cemerlang dan serba boleh dalam setiap bidang.
                Pengarah projek, Mohammad Hakim Mohamad @ Ismail menyatakan harapan agar mahasiswa/i dapat memahami program Teknologi Media dan mengucapan jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatan Kuasa PERMEDIA semester ke-3 yang telah melibatkan diri dalam menjayakan kursus .                        
                                                     


BARISAN ketiga dari kanan, Dr.Awan Ismail bersama wakil tujuh buah keluarga dan ahli MT dan Exco Permedia


                  Peserta kursus induksi semester pertama program Teknologi Media 2014/2015.

                                          









                               


No comments:

Post a Comment