Sunday 2 November 2014

Induksi Eratkan Senior Dengan Junior

Sintok : Universiti Utara Malaysia ( UUM ) melalui Persatuan Teknologi Media ( Permedia ) dengan kerjasama Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi , Kolej Sastera dan Sains ( CAS ) telah menganjurkan program induksi untuk pelajar baru semester 2014/2015.

            Sepanjang program tersebut, peserta diberi bimbingan dan taklimat mengenai bidang tumpuan yang ada oleh tiga pensyarah yang telah dilantik di samping melakukan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seperti pertandingan welfie, recycle and use, group strength dan sukaneka.

        Pengarah Projek, Mohd Hakim Mohammad Ismail berkata , program induksi ini adalah bertujuan mendedahkan kepada pelajar mengenai bidang yang menjadi tumpuan utama iaitu dalam bidang periklanan, kewartawanan dan  penyiaran.

          “ Program selama satu hari yang dianjurkan oleh Permedia ini bukan sahaja memberi pendedahan dan maklumat lebih terperinci tentang  tiga bidang tumpuan teknologi media malah ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara senior dengan junior.’katanya ketika ditemui semalam.

            Mohd Hakim berkata, program yang melibatkan seramai 39 orang peserta dari Program Teknologi Media sesi 2014/2015 merupakan salah satu alternatif terbaik untuk mereka mendapatkan gambaran sebenar mengenai kursus yang perlu mereka ambil pada semester ketiga nanti.

           Majlis yang dirasmikan oleh penasihat Permedia , Dr. Awan Binti Ismail berlangsung dengan jayanya di Dewan Seminar Teknologi Multimedia dan Komunikasi ( SMMTC ) di kampus UUM.

Ucapan alu-aluan dan perasmian oleh Dr. Awan Bt Ismail


Antara aktiviti yang dilakukan pelajar sepanjang program dijalankan



Peserta dan AJK Permedia bergambar selepas selesai program Induksi



No comments:

Post a Comment