Program
Senam Perpaduan mengeratkan silaturahim
ALOR SETAR: Kegembiraan jelas
terpancar pada wajah mahasiswa Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA), Universiti
Utara Malaysia (UUM) setelah menyertai Program Senam Perpaduan anjuran Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah, di sini, semalam.
Penglibatan mereka amat penting
kerana ia membantu membolehkan mereka menjadi mahasiswa yang sihat, aktif dan
berketrampilan di samping menyediakan platform mereka berkomunikasi dengan
pelbagai lapisan masyarakat.
Program Senam Pepaduan anjuran
Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Malaysia dengan kerjasama TV3 diadakan
bagi meningkatkan tahap kesihatan setiap anggota masyarakat tanpa mengira
peringkat umur.
Ini kerana kesihatan merupakan tunggak
utama sebuah negara agar dapat melahirkan masyarakat yang cergas mahupun aktif
dalam melaksanakan tugasan harian serta mengelak masyarakat menghidap pelbagai
penyakit.
Ketua Pengarah Jabatan Pepaduan
Negara dan Integrasi Nasional Malaysia, Gandesan Letchumanan berkata selain
daripada kesihatan, program ini juga bertujuan mengumpulkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
lapisan kaum untuk berinteraksi antara satu sama lain.
“Kita
sentiasa mengatakan istilah senaman itu dengan hanya pergi ke taman kemudian
melakukan senaman. Tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawa senaman itu
mampu mewujudkan perpaduan.
“Apa
yang kami mahukan melalui program ini ialah mereka dapat mengenali antara satu
sama lain seperti mengetahui pantang larang setiap kaum,” katanya ketika
ditemui selepas Program Senam Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan
Intergrasi Nasional Malaysia bersama TV3, di Taman Rimba, di sini, semalam.
Dalam program ini, lebih 40
mahasiswa UUM, staf dan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau,
personaliti dan staf TV3, staf Jabatan
Perpaduan, staf Hospital Sultanah Bahiyah serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
sekitar Kedah.
Turut hadir, Pengarah Hospital
Sultanah Bahiyah, Datuk Dr Juita
Ghazalie serta Penasihat PERMEDIA, Dr Awan Ismail.