Sunday, 2 November 2014

Induksi Eratkan Senior Dengan Junior

Sintok : Universiti Utara Malaysia ( UUM ) melalui Persatuan Teknologi Media ( Permedia ) dengan kerjasama Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi , Kolej Sastera dan Sains ( CAS ) telah menganjurkan program induksi untuk pelajar baru semester 2014/2015.

            Sepanjang program tersebut, peserta diberi bimbingan dan taklimat mengenai bidang tumpuan yang ada oleh tiga pensyarah yang telah dilantik di samping melakukan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seperti pertandingan welfie, recycle and use, group strength dan sukaneka.

        Pengarah Projek, Mohd Hakim Mohammad Ismail berkata , program induksi ini adalah bertujuan mendedahkan kepada pelajar mengenai bidang yang menjadi tumpuan utama iaitu dalam bidang periklanan, kewartawanan dan  penyiaran.

          “ Program selama satu hari yang dianjurkan oleh Permedia ini bukan sahaja memberi pendedahan dan maklumat lebih terperinci tentang  tiga bidang tumpuan teknologi media malah ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara senior dengan junior.’katanya ketika ditemui semalam.

            Mohd Hakim berkata, program yang melibatkan seramai 39 orang peserta dari Program Teknologi Media sesi 2014/2015 merupakan salah satu alternatif terbaik untuk mereka mendapatkan gambaran sebenar mengenai kursus yang perlu mereka ambil pada semester ketiga nanti.

           Majlis yang dirasmikan oleh penasihat Permedia , Dr. Awan Binti Ismail berlangsung dengan jayanya di Dewan Seminar Teknologi Multimedia dan Komunikasi ( SMMTC ) di kampus UUM.

Ucapan alu-aluan dan perasmian oleh Dr. Awan Bt Ismail


Antara aktiviti yang dilakukan pelajar sepanjang program dijalankan



Peserta dan AJK Permedia bergambar selepas selesai program Induksi



SMMTC WEEK "Ujibakat Pembaca Berita"

SMMTC WEKK 
      UJIBAKAT PEMBACA BERITA
        Cungkil bakat pelajar UUM


SINTOK : Sempena minggu Kolej Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) Universiti Utara Malaysia (UUM), Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA) telah menganjurkan program Ujibakat Pembaca Berita (UPB) pada 20 Mei 2014 di Bilik Media.
            Program ini terbuka kepada semua pelajar UUM. Pada 18 Mei 2014 telah diadakan saringan (screening test) setiap pelajar untuk melayakkan mereka ke peringkat akhir pada 20 Mei tersebut.
Semasa sesi saringan, peserta diberikan taklimat ringkas tentang cara-cara membaca berita oleh Ikon Siarawan, Khavi Arasan. Peserta pada peringkat akhir telah dihadkan kepada 10 orang sahaja.
            Juri jemputan untuk mengadili ujibakat ini ialah En. Suhaimi Ismail dan En. Suhaimi, iaitu wakil daripada Unifilm UUM. Peserta yang mendapat johan ialah Nazliatul Naimah Abdul Fadon, naib johan pula ialah Syarizat Idris dan tempat ketiga dimenangi oleh Intan Baizura Mohammad.
 Para pemenang mendapat hadiah hamper, sijil serta wang tunai. Kesemua peserta peringkat akhir ini telah dilamar oleh Unifilm UUM untuk berada dibawahnya.



                                                     Poster ujibakat pembaca berita.


                        AJK pelaksana bergambar bersama juri dari Unifilm UUM

SMMTC WEEK "SUKANEKA"

SMMTC WEEK 
"SUKANEKA" 

Sukan Hubungan Silaturrahim

SINTOK – Sempena minggu School of Multimedia Technology And Communication (SMMTC) Universiti Utara Malaysia (UUM), Persatuan Teknologi Media ( PERMEDIA ) telah menganjurkan ‘Kembara Sukaneka’ yang berlangsung pada 20 Mei 2014 bertempat di perkarangan SMMTC.
Program ini telah disertai seramai 40 orang peserta dengan melibatkan lima acara permainan yang perlu dilaksanakan oleh setiap peserta.
            Menurut Nuramirah Othman pengarah projek kembara sukaneka, ‘tujuan aktiviti kembara sukaneka ini dijalankan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar di samping menggalakkan lagi pelajar-pelajar menyertai aktiviti anjuran persatuan di universiti.
            “Saya amat gembira dapat menyertai aktiviti kembara sukaneka ini kerana dapat merapatkan hubungan saya di antara rakan-rakan serta dapat menghilangkan tekanan sebelum menghadapi peperiksaan’ kata Mohd Alif Afdzan, yang merupakan salah seorang peserta dan juga pemenang untuk aktiviti ini.

            Program yang bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Diharapkan persatuan dapat menganjurkan aktiviti sebegini lagi pada masa akan datang dan mendapat lebih banyak lagi penyertaan oleh pelajar. 
                                           Para peserta gigih melakukan tugasan.                                     

                                                       Antara aksi para peserta. 

Kerjasama sangat penting dalam acara ini.
Terserlah semagat berpasukan pelajar-pelajar Teknologi Media.

                        Peserta dan AJK bergambar bersama Penasihat PERMEDIA.                            

SMMTC WEEK "Professor Adjung"

SMMTC WEEK
Profesor Adjung berkonsepkan "Cabaran Media Dalam Msyarakat Berbilang Kaum"
Disampaikan oleh - Datuk Mior Kamarulbaid Bin Mior Shahid
Bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian SDN BHD


                                                Ucapan alu-aluan oleh Datuk Mior.

                                          Datuk Mior tegas dalam syarahanya kepada pelajar                                  
 
                           Datuk Mior bergambar bersama pensyarah dan pelajar sebagai kenangan                 

                                             Penyampaian cenderahati kepada Datuk Mior

SMMTC WEEK "CAR WASH"

SMMTC WEEK
CAR WASH MENDAPAT SAMBUTAN
SINTOK : Persatuan PERMEDIA  berjaya melaksanakan aktiviti “car wash ” bertempat di bahagian  letak kenderaan berhadapan bangunan Pusat Pengajian School of Multimedia Teknology and Communication ( SMMTC ) selama 4 hari iaitu pada 18 Mei hingga 22 Mei 2014.
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mengumpul dana persatuan disamping dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli-ahli PERMEDIA.
Sebanyak 23 kenderaan telah berjaya dikumpul untuk dicuci  sepanjang minggu SMMTC itu berlangsung dimana 17 buah darinya merupakan kereta pensyarah, 2 buah kereta daripada pelajar dan selebihnya motosikal.
Pengarah projek, Amirul Mestar menyatakan rasa terharu dan ucapan terima kasih kepada pensyarah dan pelajar yang sudi membantu persatuan untuk mencari dana.
“ Selain mencari dana, secara tidak langsung memberi kesan kepada hubungan yang terjalin antara ahli-ahli PERMEDIA dan staf-staf yang bekerja di bawah satu bumbung yang sama” ujarnya.
Aktiviti ini berjalan dengan lancar atas sokongan yang kuat daripada penasihat PERMEDIA dan ahli-ahlinya.


                                                 AJK sedang mencuci kereta pelanggan

                                             Pengarah projek memberi taklimat kepada AJK

                                                            AJK giat membasuh kereta

                                                            Antara kereta yang dibasuh

Thursday, 30 October 2014

ICON C-COMET 2014

"International Conference Caltural Communication and Multimedia Technology" 
Program Icon C-Comet ini adalah program yang melibatkan 4 negara yang mengambil bahagian iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Filipina. Program ini dilaksanakan bagi membolehkan para pensyarah dan pelajar dari semua universiti ini dapat bertukar pendapat tentang penggunaan media di negara masing-masing. 


                                                     AJK pelaksana program Icon C-Comet
                                     
                                  Barisan pensyarah dari universiti yang mengambil bahagian

                                   Gabungan oraang-orang yang berpengalaman dalam media

TAUTAN KASIH PERMEDIA

Progam Tautan Kasih Permedia ini dilaksanakan untuk memberi penghargaan dan watikah perlantikan MT & EXCO PERMEDIA yang baru. Selain itu, untuk mengeratkan lagi silaturahim antara pelajar junior dan senior serta pensyarah Teknologi Media.

                                         Para pensyarah yang dapat meluangkan masa bersama                                        

                                                                   " Pray For MH 370"
                                                                             
                                                              Tautan Kasih Permedia  
                                                                     
                                                              AJK dan peserta wanita

                                                                AJK dan Peserta lelaki

                                         Benner yang dihasilkan sendiri oleh AJK program

                                       Ucapan dari penasihat PERMEDIA DR Awan Ismail